Nota Penting :
JUPEM Pahang telah berjaya dipersijilkan dengan amalan 5s oleh MAMPU selama 2 tahun bermula pada 10 Julai 2013 hingga 10 Julai 2015. Persijilan 5s kali ke 3 ini (1 & 2 oleh MPC) telah mengiktiraf perlaksanaan 5s di ibupejabat dan 4 buah pejabat ukur daerah Jupem Pahang.. Tahniah! Warga JUPEM Pahang..

Tuesday, March 12, 2013

Ceramah 5S & Latihan Audit 5S (Gaya MAMPU)

Dalam usaha Jabatan untuk dipersijilkan semula pada tahun 2013 (untuk kali-3), pihak Jabatan telah menjemput Pensyarah Institut Aminuddin Baki, Pn Aziah binti Adi (lantikan MAMPU) bagi memberikan pendedahan secara lebih khusus keperluan pihak MAMPU.
 
Program ini telah berjaya memberikan pendedahan kepada kakitangan Jabatan berkenaan persijilan 5S (Gaya MAMPU) dan cara dan kriteria pengauditan kepada Pasukan Audit.
 
Tarikh : 
06 Mac 2013
Tempat : 
JUPEM Pahang
Penglibatan :
Kakitangan JUPEM Pahang dan
Pasukan Audit JUPEM Pahang

Gambar sekitar program :