Nota Penting :
JUPEM Pahang telah berjaya dipersijilkan dengan amalan 5s oleh MAMPU selama 2 tahun bermula pada 10 Julai 2013 hingga 10 Julai 2015. Persijilan 5s kali ke 3 ini (1 & 2 oleh MPC) telah mengiktiraf perlaksanaan 5s di ibupejabat dan 4 buah pejabat ukur daerah Jupem Pahang.. Tahniah! Warga JUPEM Pahang..

Saturday, April 30, 2011

Tahniah!! Kita telah berjaya...

Assalamualaikum,

Pertamanya, syukur ke hadrat Allah kerana Program Audit Persijilan Amalan 5S yang berlangsung pada 28 April 2011 yang lalu telah berjalan dengan amat lancar dan tersusun. Alhamdulillah.

Program yang dihadiri oleh pegawai MPC (En. Ismail Mohd Nor) dan semua JK Pemandu 5S JUPEM Pahang serta Ketua-Ketua Cawangan telah bermula seawal jam 9.00 pagi iaitu sesi bergambar.


Program diteruskan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit Persijilan di Bilik Mesyuarat Meranti. Didalam mesyuarat tersebut, agenda utama adalah sesi Taklimat Pelaksanaan 5S di JUPEM Pahang telah disampaikan dengan jayanya oleh Setiausaha 5S, En Masrulehsan bin Mamat.


Aktiviti audit yang bermula dengan pengauditan dokumen-dokumen penting 5S (Induk, Audit, Promosi, Latihan dan Standard). Tahniah diucapkan kepada Pengerusi JK Kecil yang telah berjaya menjawap soalan-soalan yang dikemukan oleh Juruaudit.






Seterusnya, semua zon telah diaudit (5 Zon) dan syukur sekali lagi, keadaan zon dan kerjasama kakitangan sepanjang program tersebut berjalan amat cemerlang. Tahniah!.
















Selesai audit kawasan dijalankan, mesyuarat penutup/ulasa juruaudit telah dijalankan. Pada saat ini, semua warga JUPEM berdebar-debar menunggu keputusan Juruaudit berkenaan status audit yang telah beliau jalankan. Semua mata memandang kepada Juruaudit. Sebaik sahaja juruaudit melafazkan ayat berikut: 
Pada keseluruhannya pelaksanaan Amalan 5S/QE di JUPEm Negeri Pahang adalah sangat memuaskan. Aktiviti 5S berjaya dijalankan di semua kawasan dan unit. Fail-fail Induk 5S, Promosi, Latihan dan Audit telah diuruskan dengan baik dan teratur. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan dan juga kerjasama semua warga secara keseluruhannya.

Dengan itu, JUPEM Pahang "Disyorkan untuk persijilan 5S"

Sebaik sahaja diumumkan, semua bertepuk tangan gembira kerana hasil usaha dan penat lelah selama ini (selama setahun) telah berhasil dengan cemerlang.



Tahniah!! Kita Boleh..

Tuesday, April 26, 2011

MPC Datang!!

Assalamalaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagaimana kita sedia maklum, pegawai MPC akan datang esok ke Jabatan ini bagi menjalan Audit Persijilan Amalan 5S.

Kita mesti bersedia, dan mengekalkan kerja dalam persekitaran berkualiti sentiasa.

T.Kasih

Setiausaha




Monday, April 25, 2011

Makluman : Ops 2R (Recheck & Redo)

Sempena program audit persijilan 5S yang akan diadakan pada 28 April 2011 (Khamis) nanti. Satu program yang dinamakan Ops 2R (Recheck & Redo) akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 
27 April 2011 (Rabu)

Tempat : 
Zon masing-masing + Kawasan persekitaran

Penglibatan :
Semua kakitangan

Objektif :
Semak semua peralatan, ruang dan kawasan di Jabatan agar mematuhi keadaan persekitaran Amalan 5S.
 
  1. Ada PIC (Person In Charge)
  2. Ada etika/ prosedur penggunaan/ manual pengguna
  3. Ada label seperti sepatutnya
  4. Dalam keadaan bersih
  5. Dalam keadaan berfungsi (jika rosak, mesti dinyatakan)

Thursday, April 21, 2011

Laporan : Pra Audit Persijilan MPC

Tarikh : 
20 April 2011 (Rabu)

Masa : 
9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat :  
Mesyuarat Pembukaan (Bilik Mesyuarat Meranti)
Audit Dokumen (Bilik Mesyuarat Meranti)
Audit Kawasan (Semua Zon)
Ulasan & Penutup (Bilik Mesyuarat Meranti)

Juruaudit MPC :  
Cik Faridah bt Taju Rahim
MPC Wilayah Timur

Penglibatan :  
Semua Kakitangan JUPEM Pahang

Pengendali :  
JK Pemandu

Gambar sekitar Pra Audit






















Saturday, April 16, 2011

Ops Cuci (Gambar sekitar program)

Tarikh : 
14 April 2011 (Khamis)

Tempat : 
Zon masing-masing + Kawasan persekitaran

Penglibatan :
Semua kakitangan

Objektif :
Nyah sampah, debu dan kotoran 
Catatan:
Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak bomba Balai Bukit Ubi kerana membantu menyumbangkan tenaga dan jentera bagi kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar.
Gambar sekitar program